Sahabat paling berharga..
Adakah aku salah? Apa betul apa yg aku kata kan pada diri nya. Mungkin juga kata-kata ku itu sudah meluka kan hatinya. Tapi aku masih belum sedar akan kesilapan aku sendiri. aku benci mendengar diri ku berkata2 tentang dirinya. Dia adalah sahabat karib ku di sini. Dia hampir kenal siapa diri ku sebenarnya. Dia hampir menjadi seorang yang aku percayai. Aku salah. Dan aku sedar kesalahan ku. Tapi hanya untuk sekarang dan hari ini.. kemudian aku akan lupa ttg nya dan menambah kesalahan aku. Apakah maksud perasaan yg bergelumang ini?
Aahh.. Ape yang aku merepek ni! Aku tau, ini semua memang mula nya dari perangai aku yg x sedar diri.. seorang yg sungguh egoistic,hipokrit, perasaan yang nak menang selalu. Itulah aku. Boleh dikatakan begitu. Tidak kah aku nmpk org yg berada di sekeliling aku ini adalah di kalangan manusia 2 yang bijak,rendah diri, sopan santun dah berakhlak mulia! Sungguh keji diri ini mengotor kan kain yg suci lagi cantik lukisan batik yang dilukis atas kain itu. “Mengapa mesti kau kotorkan dan tambah lukisan2 yang cacat cela yang terang dilihat oleh org ramai. Tidak kah kau rasa malu kerana diri mu tiada motivasi? Tiada juga objektif hidup.. sedar lah kau bahawa kau bukan manusia yang berkuasa. “
Malu lah Wahai Hamba ALLAH..
Sahabat,maafkan aku. Kerana aku tak reti hendak menjelaskan perangai aku terhadap diri mu. Aku malu dgn sifat ku yang sebegini. Kau seorang hamba allah yang teguh iman nya. Kau ada pendirian diri. Lain daripada diriku sendiri. sahabat, aku sgt bertuah ada kau disisi ku di saat2 hiba,gembira dan tegang. Kau sabar dengan perangai aku yg keji ini. Apa yang kau nmpk pada diriku. Maafkan aku merosakkan akal mu dgn gosip2 yang aku tau akan m’dapat dosa.
Kau dan aku? Sangat berbeza. Perbezaan seperti langit dan bumi.
Sahabat, kau diberi kasih sayang yg bagi kau sunggu bermakna. Kau percaya kepada mereka2 yang kau kenal. Kau tidak pernah kedekut ilmu walaupun secubit garam. Sahabat,kau ada keperluan yg kau inginkan. Keluarga bahagia,kau kenal mereka. Dan sungguh rapat lagi. Kau ada pendidikan yang tinggi. Kau ada kebolehan dalam sukan,seni dan pelajaraan. Kau reti mengaturkan masa. Kau berdikari dan tidak mununjukan perasaan kepada mereka walaupun kau sedih. Kau tempuhi hampir segalanya dengan teguh. Kau tak penah putus harapan walaupun cabaran berduri2. Dan Sahabat,kau tau ape yang kau belajar dan ilmu yang kau dapat xkan berakhir di situ sahaja.. yang paling penting,
KAU RAPAT PADA ALLAH S.W.T… alhamdulilah.
Aku doakan kau yang terbaik di mada depan dan di akhirat. Akan ku cuba doakan utk diri mu. Kerana jasa mu tak terkira. Sahabat,kau tau kau sakit,tapi kau tempuhi nya dgn teguh. Andai kata nyawa atau persahabatan ini berakhir. Aku mahu kau tahu yang aku kasih kan kau sebagai soerang adik,pendidik dan seorang sahabat yang paling berharga yang pernah aku jumpa. Aku cemburu bila kau lebih dapat perhatian.. tapi itu semua memang sudah lahir dalam perasaan seorang manusia.
Love